XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Petua Cinta Jarak Jauh



Elak Cemburu Buta - Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.

Belajar Menerima Hakikat - Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.

Gunakan Teknologi Terkini - Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.

Bercerita dan Berkongsi Masalah - Sikap suka menyembunyikan sesuatu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Jangan memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

Jauhi Isu Remeh-Temeh - Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.

Rancang Kejutan - Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna. Lebih menarik lagi jika anda dapat merancang percutian mengejut bersama. Jika perlu, minta pertolongan daripada ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar-benar satu kejutan.

0 Komentar untuk "Petua Cinta Jarak Jauh"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info