XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Merawat Mata Bengkak



Pilihan 1: Ambil akar Penaga Laut, cuci bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Seterusnya, tapis dengan kertas turas dan basuh mata dengan air rendaman akar tersebut.

Pilihan 2: Ambil Bunga Raya dan masukkan ke dalam air panas yang baru mendidih. Seterusnya, tapis dan gunakan air tersebut sebagai losyen. Sapukan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 3: Rebus Bunga Cina sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk mencuci mata anda yang sakit.

Pilihan 4: Rebus daun Kacang Botor sehingga mendidih. Setelah sejuk air rendaman tersebut, ambil air itu untuk mencuci bahagian mata yang bermasalah.

Pilihan 5: Ambil jeli daun Lidah Buaya dan masukkan ke dalam air masak. Setelah sejuk, ambil air itu untuk disapukan pada bahagian mata anda yang bermasalah.

Pilihan 6: Ambil daun muda Rokam Manis dan tumbuk lumat. Perah airnya dan titiskan pada kelopak mata anda yang bengkak.

Pilihan 7: Tumbuk lumat daun Setawar dan tampalkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 8: Rendamkan daun The dalam air panas dan wapkan pada mata anda yang bengkak.

Pilihan 9: Rebus Jintan Hitam sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis airnya dengan kertas  tulas dan basuh mata anda yang bengkak pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 10: Basuh bersih Pangkal Lembah dan rebus sehingga mendidih. Selepas sejuk, tapis dengan kertas turas dan gunakan air rebusan ini untuk mencuci mata anda yang sakit dan bengkak.

Pilihan 11: Tumbuk lumat pokok Pegaga, perah dan tapis airnya. Titiskan air tapisan ke dalam mata anda sebanyak 4 kali sehari.
0 Komentar untuk "Merawat Mata Bengkak"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info