XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Bawa parang tikam isteri


SANDAKAN: Seorang wanita kini bertarung dengan maut akibat ditetak di kepala manakala perutnya ditikam menggunakan parang jenis ‘barung’ oleh suaminya yang mengamuk kerana sering dituduh mengamalkan ilmu hitam.

Mangsa, Amah Mohd Ali, 36, dan kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mangkalinau di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin.
Sebelum kejadian, Amah bertengkar dengan suaminya yang berusia 30 tahun kerana lelaki itu mengamalkan ilmu hitam dan menuntut ajaran sesat dengan seorang ‘tok guru’ sejak beberapa bulan lalu.

Suaminya yang tidak puas hati dengan tohmahan itu meninggalkan rumah sebelum kembali semula beberapa jam kemudian sambil membawa parang dan nekad menyerang isterinya yang menonton televisyen bersama tiga anak dan bapa mentua.

Seorang anak lelakinya berusia 16 tahun cuba menghalang lelaki itu daripada menyerang mangsa dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit melarikan diri dan bersembunyi di sebuah kedai runcit berhampiran.

Related Post

  • Diperkosa Adik Lelaki Ibu Tiri JERTIH – Padah menerima pelawaan menonton perlawanan bola sepak bersama adik lelaki ibu tiri, seorang pelajar berusia …
  • ‘Mangsa’ menyusahkan SHAH ALAM: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, mengingatkan orang …
  • AirAsia tawar tambang 10 sen KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen ber…
  • Hari Tanpa Kenderaan Bermotor GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menutup beberapa batang jalan di sekitar bandar raya ini bagi…
  • Daftar bantuan RM500 10 Disember 2011 KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapat…
0 Komentar untuk "Bawa parang tikam isteri"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info