XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Soundtrack Bella Calamidades

“BELLA CALAMIDADES” mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.

Namun, semuanya bakal berubah dengan kemunculan jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola yang suram selama ini?

Related Post

  • Untuk Wanita Tampil Langsing Ada banyak cara yang boleh dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolah …
  • Mengatasi Masalah Tidur 1. Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang l…
  • Petua Untuk Mempunyai Badan Menarik 1. Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil…
  • Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Isteri Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki di…
  • Mengapa Haid Anda Lewat? Tekanan - Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila k…
0 Komentar untuk "Soundtrack Bella Calamidades"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info