GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.
Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".
Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.
Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Polis tahan lima individu dalam demonstrasi di Pulau Pinang"