XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Amenorrea - Penyakit Gangguan Haid


Amenorrea bermaksud gangguan haid. Sama ada haid tidak pernah keluar(primary amenorrea), atau haid yang berhenti keluar(secondary amenorrea). Gangguan haid ini normal jika berlaku ketika hamil atau menyusui bayi dan ketika seseorang wanita menghampiri masa menopaus.

Penyebab gangguan haid:
  • Tekanan jiwa dan emosi.
  • Hormon yang tidak seimbang.
  • Penyakit dalam kelenjar pituari atau ovari.
  • Ketumbuhan seperti barah/cancer dalam rahim atau pangkal rahim.
Kebiasaanya, hypothalamus (bahagian kecil otak di bahagian atas pituari) memberi isyarat pada kelenjar pituari untuk mengeluarkan hormon yang menyebabkan ovari mengeluarkan telur.

Jika penghasilan hormon ini terganggu, maka ianya boleh menyebabkan haid tidak teratur  atau tidak keluar langsung. Senaman yang berat juga boleh menyebabkan haid berhenti.
Haid yang tidak hadir juga boleh disebabkan oleh penyakit pada uterus/saliran peranakan, seperti hydatidiform/tumor pada plasenta dan sindrom asherman's/parut didinding uterin disebabkan oleh jangkitan atau pembedahan.

Penyebab lain haid tidak hadir antaranya:
  • Kecacatan sewaktu dilahirkan dimana tiub fallopian tidak terbentuk dengan normal dan penyekit kromosom contohnya penyakit sindrom turner dimana sel-sel hanya mengandungi satu kromosom X bukannya dua seperti kebiasaannya.
  • Pseudohermaproditism pada lelaki dimana individu lelaki secara genetik telah berkembang menjadi wanita.
Bagi perempuan yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun yang tidak pernah haid mesti mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti penyebabnya.

Related Post

  • Apabila seorang lelaki bercinta..? Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.Memberikan lelaki mesej tergantung sepert…
  • Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain? SUAMI…
  • 100 bahasa 1 MaksudEnglish - I love youAfrikaans - Ek Fhet jou liefAlbanian - Te duaArabic - Ana behibekArmenian - Yes kez sirumenBambara -…
  • Perkara Asas Dalam Memancing a) Ikan - Inilah sasaran utama memancing iaitu menjinakkan ikan, sotong, ketam dan udang. Tanpa ada sasaran, mungkin…
  • Azab Bagi WanitaRenungankhususnya untuk para wanita serta diriku dan dirimu.....Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulu…
0 Komentar untuk "Amenorrea - Penyakit Gangguan Haid"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info