XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

774 wanita kita gersang cinta cair

KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.


Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.


Related Post

  • Masalah Wanita Tumbuh Janggut atau Misai Masalah ini timbul kerana wanita itu kemungkinan besar mempunyai hormon lelaki yang berlebihan pada tubuhnya. Soal…
  • Gangster Menangis BUKAN mudah untuk menggigit emosi penonton. Namun baik Lisa Surihani, Aaron Aziz mahupun Maya Karin Roelcke, setia…
  • Berdoa Dengan Penuh Keyakinan Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (wasw…
  • Padah Maki Polis MELAKA: Tindakan biadab seorang pekerja kontrak memaki polis dengan kata-kata kesat membawa padah apabila dipenjara tu…
  • Misteri Jalan Lama KarakCerita ni berlaku kira-kira sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari KL menuju K…
0 Komentar untuk "774 wanita kita gersang cinta cair"

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info