XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.

Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Related Post

  • Memahami Hati WANITA 1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya. 2. Mudah jemu dan perlukan s…
  • ‘Mangsa’ menyusahkan SHAH ALAM: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, mengingatkan orang …
  • Daftar bantuan RM500 10 Disember 2011 KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapat…
  • Hari Tanpa Kenderaan Bermotor GEORGE TOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menutup beberapa batang jalan di sekitar bandar raya ini bagi…
  • Petua Untuk Mengikis Tabiat Buruk Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Berbicara mengenainya, sebenarny…
1 Komentar untuk "Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Mazhar Hakim"

peh.kene cerai camtu je ke??

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By Catatan Info