XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Sekolah menengah vokasional dinaik taraf kolej pada 2013


KUALA LUMPUR: Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa. 
"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-BN) yang bertanya bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Pelajar sekolah menengah Tibngkatan Satu hingga Tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua, katanya.

Mohd Puad berkata antara 15 sekolah perintis yang terlibat adalah, Sekolah Menegah Kebangsan Vokasional Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsan Vokasional Kluang dan Sekolah Menegah Kebangsaan Teknik Datuk Seri Mohd Zin.

Pada tahun 2013, sebanyak 150 sekolah akan dipilih untuk mengikuti program asas vokasional yang melibatkan 9,450 orang pelajar, katanya. - BERNAMA


Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

SMT/SMV/KV
http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-sekolah/webmaster-smt-smv-kv
27 Komentar untuk "Sekolah menengah vokasional dinaik taraf kolej pada 2013"

kalau saya x dapat A dalam mana mana subjek
bolehkah saya masuk sekolah teknik

Kalu sya x byk dpt A ble ke masuk kolej vokasional eh?stakat lulus sume ble x?

kalau sya x dpt A KE B , blh x dpt masuk kolej vokasional

bila boleh daftar kolej vokasional?

cm mne na daftar nih ?

kalau tak ada A , Tapi Ada E(math) . boleh masuk vokasional SASS

bila boleh daftar mcuk vokasional ny

how to register?

macam mana nk daftar..?

macam mana nk daftar ? kalau takde A boleh tak masuk kolej vokasional nanti ? setakat lulus jee . Boleh ke ?

nx daftar kt mne??

gone nk mohon ney,,atoy

bile leh mohon ekkk...

Euhmm .. mcm mane nak daftr ke kolej vokasional tahun 2013 ni ? tak pham lah .

mcm mane nk daftar. tapi ade E(math,b.i)mcm mne yeee,layak ke nk msak smv ni,tpi saya terlalu minat.KH saya "A".

can give any respone ? Batch 97's need your help :) When and how , I can register it ?

semua sama..... mcm mana nak daftar.....??? bagi la maklumat.... mcm manna student nak tau....???

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

SMT/SMV/KV
http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/profil-sekolah/webmaster-smt-smv-kv



mcmana nak daftar sek vakasional ni

salam, suma sme je tertanya-tanya cm nk daftar dan syarat kelayakan nk msuk sekolah nie.. mcm tu jugak saya.. pleez bg jwapn,,,

xleh pon cube la ajar

kolej mane yg menawarkan kursus KULINARI dan KATERING ?

org na blaja kt smv ni..bg la peluang kt kit0rang..cmne na apply masuk ni??ad0iyy,,

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info