XiNzeRy Dot My

XiNzeRy.My

Serbuk Perangsang Nafsu Wanita -Taktik Baru Perogol




Kota Bharu: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.
4 Komentar untuk "Serbuk Perangsang Nafsu Wanita -Taktik Baru Perogol"

bahaya betul,, semoga ahli keluarga ku dilindungi Allah dari segala kejahatan

ada lagi ker serbuk ni..hari tu hangat kes ni

bahye nye mende ni.. harap perempuan2 kat luar sane jangan lah minum air yang di bagi oleh org lain, terutama org xdikenali.. kalau kenal pun kena hati2 juga ya..

 
Copyright © 2014 XiNzeRy Dot My - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info